Saturday, December 31, 2011

AzaM AdaLah di TaHun BaRU

assalamualaikum

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun ini. Esok dah jadi tahun depan. Esok akan meninggalkan hari ini dengan beribu lemon kenangan. ramai bloggers yang dah mula buat entry untuk tahun baru selepas mekeme-mekeme dilanda fenomena entry OMBAK RINDU. aku pulak tak menyempat nak cite pasal ombak rindu dalam ni.

sori, wa tak layan cite cintan melayu derrrrr

*sila abaikan statement di atas

(~____~)


asal tahun baru je mesti orang akan tanya pasal azam baru. budak-budak sekolah pulak mesti akan buat
 "10 list azam baru untuk tahun ini" antaranya ialah tak nak ponteng sekolah,  nak dengar cakap mak abah bla...bla..blaa...
and blaaa again
tapi setiap kali penghujung tahun mesti menyesal sebab tak dapat tunaikan azam yang dibuat pada awal tahun. 
pastu tarik azam lama yang tak tertunai ke tahun yang baru. tahun baru tahun depan pun mesti pakai azam yang dibuat awal tahun yang baru ni. so, tak de istilah azam baru tapi azam lame yang dibarukan. 
tapi takpe. tak kisah la azam baru ke azam lame yang dibarukan ke, yang penting mesti ada AZAM. Ulangtaip AZAM. 
AZAM yang akan buat kita jadi insan yang bersemangat. AZAM jugak yang akan jadikan kita orang yang lebih baik. AZAM yang akan buat kita lebih berjaya. semuanya kerana AZAM. ayuh kawan-kawan kita berAZAM!!


*cuba kira ada berapa perkataan azam <<---- menunjukkan azam adalah elemen penting kehidupan.


so, bersempena dengan ini aku tak nak jadi manusia yang ketinggalan dalam membarukan azam yang dolu-dolu. 
seperti tahun-tahun yang lepas, azam aku adalah nak jadi budak baik. sekarang nak ubah ayat tu kepada menjadi seorang dewasa yang baik, yang patuh pada orang tua dan berdiri teguh atas agamanya.


 ISLAM agamaku, ALLAH tuhanku, AL QURAN kitabku, Muhammad nabiku dan KAABAH qiblatku. dulu, kini dan selamanya. 
  
mari bersyukur kerana berpeluang hidup di tahun yang baru.
-alhamdulillah ya rabb-


SELAMAT TAHUN BARU PENDUDUK SEANTERO DUNIA




*Mungkin aku bleh plus azam tahun ni dengan mencari jodoh yang baik  heheh


p? aku juga berazam untuk tukar header blog yang baru 



Thursday, December 29, 2011

rindu

assalamualaikum

aku rindu. perasaan yang sukar diterjemah. rindu pada kedamaian, rindu pada kenangan rindu pada kehidupan yang dahulu dan aku rindu pada dia.
rindu akan wujud pada sesuatu yang kita suka, kita kasih mahu pun kita cinta.
ya..aku rindu pada yang penah aku suka, kasih dan cinta. tak salah bukan??
bagaimana ingin meluahkan rindu??
call??dia bukan lagi siapa2 untuk di call sesuka hati
sms??no...mustahil sampai bila2
perhati dari jauh?? huurrrmmm

the best way is
'DOA'

yes, sentiasa doakan insan yang kita sayang dan rindu. kirimkan kata2 rindu lewat ungkapan doa agar kita jua dirindui.

wahai yang dirindu, semoga redha ALLAH sentiasa bersamamu

(^___^)

Sunday, November 20, 2011

WORDLESS SUNDAY


:: HAH..kau ade???!!!

P/s: wordless bukan?

Thursday, July 28, 2011

petua: buang lemak bawah dagu


Assalamualaikum and haiii peeps!!

Hari ni aku nak kongsi share petua nak hilangkan lemak bawah dagu. Ni masalah aku sendiri la, cuti panjang sangat, lemak pun senang nak berkumpul, berat dah naik tapi takla gemuk sangat (sedapkan hati sendiri). Wink3…

Aku google punya google, akhirnya jumpa jugak. Time kasih ya encik Google!!. Ag satu, masalah lemak bawah dagu biasanya dihadapi oleh wanita. Sape cakap???meh aku lempang sket,,kau ingat laki tu bagus sangat ke??dorang pun berlemak bawah dagu jugak! *emo tetiba ngeh2..

~sila lihat dibawah~


petuanya : BUAT SENAMAN DAGU & MULUT

1. Kunyah gula-gula getah

baik untuk otot rahang dan dagu..pastu boleh la kasi nafas yang segar dan tidak berbau..hihihi untuk hasil yang baik, gunakan doublemint gum~bau nafas tiada, segar sentiasa (promote)

2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher (jgn wat minum lak air tu)
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak

~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mencuba dengan Jaya!



SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/03/petua-buang-lemak-bawah-dagu.html#ixzz1SXSepwQw


Monday, July 4, 2011

Tips berguna bila sendirian di rumah

-assalamualaikum teman-teman bloggers-



anda sunyi tanpa teman-teman disisi??berikut adalah tips berguna untuk anda, selamat mencuba jaya!!!

1. Buka radio atau pasang apa-apa muzik supaya rumah tak sunyi, anda pun nyanyilah sekali tapi kalo ade suara-suara yang nyanyi bersama-sama anda, buat-buatlah itu tanda sokongan dari peminat anda. huhuuh

2. Mengunci diri dalam bilik dan bayangkan diluar ramai orang.kalo bunyi orang ketuk pintu, anggap je jiran sebelah nak datang bertandang walaupun anda yakin umah sebelah sememangnya kosong.

3. Pastikan fon sentiasa ada mesej yang masuk. Ganggulah sesiapa sahaja di tengah-tengah malam untuk elak rasa keseorangan dan pastikan jugak orang yang anda ganggu itu layan anda hingga ke pagi. Caranya mudah, cari pasal dengan dia. Bila dia dah bengang, mesti dia pn xngantuk dan terpaksa sambung gaduh dengan anda sampai dia puas hati.ngeh3

4. Elakkan menonton cerita-cerita seram macam Kum Kum, karak, damping malam dan yang sewaktu dengannya supaya anda tak takut untuk ke toilet waktu-waktu tengah malam ..tak terasa tak terasa =P

5. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan pasang semua lampu yang ada pada waktu malam supaya suasana nampak macam siang (abisla bil elektrik umah aku bulan ni…huhuhu)

*************

Amacam kawan2??boleh cuba tips ni bagi yang takut untuk bersendirian di rumah terutamanya di rumah sewa (perli diri sendiri). Ya..akulah salah seorang mangsa yang ditinggalkan sendirian di rumah sewa. Kawan-kawan suma dah balik kampung.Jom nangis besamaku..sobbbb..sobbb…srroottttttttttttt. demi tugas yang bakal menyusul, akanku gagahkan diri. Tugas terhampir, sakretariat miggu suaikenal ambilan julai. Chayookkkkkk!!!!!

Bila anda sendiri, anda akan lebih menghargai insan-insan yang pernah berada disisi..wuwuuwuw

T___________________T

i never expect that i'm home alone. so, plizzz

expect the unexpected!!


Saturday, July 2, 2011

seronoknya kena tag


assalamualaikum dan selamat pagi hari

Aku memang suka kena tag. Ok, aku cakap pasal muka buku atau kat kampung nenek aku org panggil facebook. Taglah aku ape jadah lagu sekalipun mesti aku tekan butang ‘like’ walaupun kadang-kadang lagu yang korang tag tu aku tak suka tapi yang penting aku suka kena tag. Jadi, aku press button ‘LIKE’ bukan sebab lagu tu semata-mata tapi sebab aku suka bila kena tag. Sila ambil perhatian.

^______________^

Bagi aku, button ‘LIKE’ tu sebagai menunjukkan penghargaan sebab kat fb tak diwujudkan button ‘SAYA SANGAT HARGAI’ ataupun ‘TERIMA KASIH SEBAB TAG’ jadi button ‘LIKE’ akan mewakili semuanya.kalo bleh aku nak wat double LIKE tapi bla ditekan dua kali, len lak jadinya.*garu-garu kepala

Stop kisah tu. Buka kisah aku kena tag lak. Tadi sejurus selepas pulang dari kerja (sekali sekala skema apa salahnya), aku terus mengadap muka buku and then…waaaahhhh unexpected!!aku kena tag lagu peberet lah..AISHiTERU by zavilia band. (yg mcm lagu kat blog aku ni).layannnn je. Thanks ye kepada si pengetag--> encik azlee skandal

“walau raga kita terpisah jauh

Namun hati kita selalu dekat

Bila kau rindu pejamkan matamu

Dan rasakan a a aku”

Apa motif ya saya ditag lagu ni??

^________________^

*ralat: lagu ni bukan di tag tapi di post di wall. Sekian.

dengan harapan anda mengepost lagi di wall saya

begitulah hendaknya.

kalo hari-hari kena tag, comel bukan??



Tuesday, June 28, 2011

duniaku tunggang terbalik

assalamualaikum kawan-kawan..

Berkecimpung dalam bidang kerjaya memang memenat dan menyakit sendikan. Ya..sekarang ni aku jadi wanita bekerjaya.alaa..keje biasa-biasa je,gaji ok-ok je tapi lepas waktu kerja pun orang still cam muka aku. Kiranya kerjaya aku ni glamour la jugak kan??aku keje jadi apa??ok, ia tak termasuk dalam tajuk perbincangan.harap maklum.


^____________________^







Setiap hari, aku mula kerja jam 5 petang tapi besenya mesti aku kelam kabut tyme nak g kerja sebab mesti akan terlambat 2 3 minit.tapi penah jugak sampai 20 minit lambat!!waaaa…nasib tak kena tendang dengan bos. Kerja punya kerja,dalam jam 12 malam misi pulang ke rumah akan bermula. Ok, tamat kisah kerja. *tak takut sebab umahku di atas, tempat kerja di bawah ngehh ngeh ngeh..


Sesampainya di rumah, mulakan sesi perbincangan dengan kawan-kawan sejawat. Gossip itu gossip ini, luah itu luah ini, kau kutuk aku- aku kutuk kau, kau melawak-aku gelak-gelak sampaila ke pagi. Penah sengaja tak tido sebab tak nak terlepas waktu subuh..yela,,dah alang-alang jam 4.30 pagi, kalo tdo jugak alamatnya neraca dosa bertambah berat laa huhuhu..dan pernah terjadi kami tiga sejawat kena ‘rasuk’ dengan nafsu lapar di pagi hari. Mana ada kedai makan buka pagi-pagi buta dik oii..yang kawan aku sorang buat lawak nak makan nasi. Belek-belek jam, eh dah 6 pagi la masa tu. Betul la kata orang, masa itu lebih laju dari Ferrari. Lepas dah subuh, kami tanpa segan silu pergi cari makan kat kedai mamak (kedai mamak je buka 24 jam)..mesti mamak-mamak tu pelik tengok kami selaku customer di awal pagi ngeh3 <<-- sekali sekala buang tabiat, seronok jugak.

Lepas makan, balik untuk tido sampaila petang n then masuk kerja.

Nahhhhh…begitulah rutin hidup aku yang dah tunggang terbalik. Siang jadi malam. Malam jadi siang. Dah cuba untuk tido waktu malam tapi tableh walaupun x buat pape still mata akan segar sampai subuh. Paling awal setakat 3 minggu ni ialah tido jam 3 pagi.

Any suggestion??

Nota kaki: *kedai mamak dekat je ngn umah sewaku, 10 minit jln kaki

sekian dulu.


Sunday, May 1, 2011

mungkin ini yang terakhir

-assalamualaikum-

Sudah tidak sempat mau post apa-apa (mengikut hakikat sebenar). Jam 9.30 aku akan pulang ke pangkuan kampungku (mak!!ayah!! tunggu cek balik!!!). Tapi aku masih ngada-ngada nak post jugak. Kebarangkalian yang besar blogku tidak akan di hupdate selama 4 bulan *kampungku tak canggih~sad mode. Ok. Mase di kampung nanti musti banyak benda yang unexpected akan berlaku. So, beware!!!expect the unexpected!!

^_____________________^

Ok. Aku rase sudah cukup post untuk kali ini. Nak sambung packing barang pulak. Pesanan untuk semua, jangan lupa kemaskan dan bersihkan semua barang-barang anda di dalam rumah. Then, balutkan mereka-mereka supaya tidak berhabuk dan selamat digunakan dengan jayanya selepas 4 bulan dari sekarang. Sekian.

P/s: aku kena hentam ngn member aku gara-gara nak balutkan semua barang dlm rumah, termasuk board iron. Hey, nasib baek aku x cakap nk balut peti ais skali. (^^,)


Tuesday, April 26, 2011

Opocottt..adeh..adehhh

assalamualaikum

Tak nak cecite banyak-banyak sebab tak larat. Kesian aku. Kaki sakit-sakit. Badan pun sakit-sakit. Kepala pun sakit-sakit-pening. Ni sebabnya semalam aku opoccott-adehhh-adehhh dalam bilik air. Tergelongsorrr.Terkejut mak nyah oiii. mase kecik-kecik mak aku x bagi maen papan gelongsor jadi bila dah besar ni mak tak jaga, aku gunakan kesempatan ni maen gelongsor di bilik air.

Eh..eh..tadi kan aku cakap tergelongsor.

Jadinya kalu ade ter kat depan perkataan mestilah tak sengaja kan kan??

Kesian aku.

Naseb baek org tak nampak.

T____________________T

Doakan aku yer kawan-kawan sekalian. Exam ag 2 paper.

Tak larat nak study

p/s: malang memang tak ada bau. Hati-hati walau di mana jua anda berada.

Expect the unexpected!!

Terasa sejuk-sejuk la pulak..huuuhu

Tuesday, April 19, 2011

my tabung my superhero



-assalamualaikum-

Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar university yang comel jauh daripada keluarga amat menyedihkan. Semua benda kena tanggung sendiri. Basuh baju tanpa mesin sendiri-sendiri, masak sendiri-sendiri , kalau rase nak minum malam-malam buat sendiri -sendiri ..ehh?? kalo ade mak di sisi mesti boleh bermanja-manjaan. *Rase rindu tetiba. soobbb…sobbb….sroottttt.. ok, enough.

Kalo rase nak makan something yang kita suka, kena buat sendiri-sendiri paling tidak pun beli pakai duit sendiri-sendiri. Nak shopping mintak duit dengan ATM bukan tadah dengan mak atau ayah. Duit sendiri-sendiri gak tuh. Sampai hujung-hujung sem, duit akan abis dengan sendiri-sendirinya. Sekian.

*******

Sekarang dah pun hujung sem. Jadi, tau tak apa maknanya kawan-kawanku sekalian alam?? Maknanya say NO to new dresses, NO to KL, NO to ‘pesta buku’, NO to mini reunion wif ur old friends as u planned before. Ohh…I’m so sorry my gurls. Miss u ols damm much but wif no cash in my wallet I have to say NO to the ‘miss’ also.

Lets cry together – sob..sobb..sooooooooooobbb.. ok2, its over!!

BUT...BUT..BUT

My tabung is my superhero, my savior and going to be my belove stuff!! Sebenarnya hidup ini bukanlah rumit sangat. Cuma ia memerlukan kepada persediaan untuk menghadapi hari-hari yang rumit. Kalau tak, takkan la ada peribahasa sediakan payung sebelum mendung, sediakan lilin sebelum blackout atau sediakan tabung sebelum kehabisan wang. Jadi, motifnya di sini sebagai seorang mahasiswa/i yang berwawasan yang hidup jauh daripada keluarga anda perlu bijak menghabiskan menggunakan wang.


Macam aku, aku punya superhero dikala poketku kosong n sebenarnya aku sendiri tak sedar kalo tabungan aku itu sangat2 berguna. Sebenarnya aku beli tabung sebab tengok kawan aku beli tabung. Jadi, aku pun beli juga tanpa tahu apa motip aku ada tabung. Ok fine. Bila ada tabung, aku rase pelik kalo tabung aku ringan, kawan aku punyer berat. So, aku letak duit dalam tu banyak2. Makin lama makin berat lak dia tu. Aku seronok. Jadi aku tambahkan lagi sebab nak suruh berat.

^__________________^


Aku ingat tabung tu tak leh nak buka. Jadi aku tak pernah cuba2 buka. Sampai satu saat, when I opened my purse and say…”ALAMAK!!! Rm 3 left..” how am I going to support my life for this last 3 weeks. Maybe rm1 for 1 week. Huh??

Dan saat ini, my superhero datang dengan penuh gagah perkasa. Dia berkata ‘jangan riso, akulah penyelamat dunia!! Your superhero is coming!!jeng..jeng..jeng.. (diiringi music latar smallville mcm kt tv3 dulu tuh)



lalu dengan keperkasaannya, dia memuntahkan segala isi perutnya demi menyelamatkan dunia seorang yang bernama cik melor. macam ni hah...wahhhhh..
sila tengok dengan perasaan yang takjub. (@__@)




Setelah membanting tulang jari jemari untuk menghitung nilaian wang ini, superheroku hanya mampu menyumbangkan sebanyak kurang lebih rm50. Its not really bad rite?? At least bila ditambah dengan rm3 yang tadi ia akan beranak jadi rm53. All is well, ok. Kemudian, jadikan duit-duit tadi dalam paket yang kecik2 untuk memudahkan tukaran kepada duit kertas. Dah cyap, jom p tukar kat kedai makan!!


p/s: ingat yer kawan2, menabung itu amalan superhero. Jadilah superhero tuk diri sendri. Anda mampu mengubahnya…..hidup sendiri-sendiri tidaklah susah sangat kan???




Tuesday, April 12, 2011

ada kupu-kupu di dalam perut saya


~assalamualaikum~

Kondisi perutku dikala ini

Bila final exam semakin hampir..ginilah jadinya

Kupu-kupu akan berterbangan dan bersuka ria di dalam perut

Org pulak akan berpusu-pusu ke toilet perpustakaan

Cari-cari nota..call sana call sini Tanya soalan spot

2 laa..kelas kau selalu ponteng!!org belajar kau tido

*tak terasa tak terasa =P

Kawan-kawan,

Waktu2 genting macam ni adalah lebih comel Sekiranya kita perbanyakkan mengingati Allah

Solat hajat, baca al quran, zikir. Moga2 hati-hati kita menjadi tenang

Jiwa yang tenang lahir dari hati yang tenang jugak

Bila hati tenang, nak belajar pun senang =)

Tapi..

Kau jangan tunggu time2 nak exam je Baru kau semayang, mengaji, zikir

SANGAT TAK COMEL OKEH!!

*terasa sket2 =(

Mengingati ALLAH bukan bila time susah2 je.Time kita senang2 pun kene ingat jugak

Ini semua nikmat dan ujian. Tapi kepada yang baru nak mula semayang, mengaji

Atau menuju kearah hidup yang lebih bermakna, mulakan dari hari ini.

Teruskan usaha anda. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk anda.

ALLAH kan maha pengampun dan penyayang. Kita sayang ALLAH, ALLAH pn sayang kita =)

Jangan jugak mengharapkan pada ibadat seratus peratus

Kene usaha jugak. Kau ni tau doa2 je mintak Berjaya

Ade kau bace buku betol2??ade??ade??

Nah….sekarang pergi stdy la wahai cik melor

Ok2,,nak study nih.

Jom doa dulu,

^_________^

“ya ALLAH, keluarkanlah kami daripada kegelapan kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman. Bukakanlah kami untuk mengenali-Mu (makrifah) dan mudahkanlah untuk kami (membuka) pintu kelebihan-Mu. Wahai tuhan yang maha pemurah. Amin..”

Usaha + doa + tawakal = BERJAYA



Kepada kawan2 yg akan menduduki peperiksaan,

Semoga anda tenang hadapinya. Didoakan agar kita semua Berjaya.

Kejayaan bersama itu lebih indah n bermakna bukan?


p/s: my 1st paper is on diz saturday ~kupu2 semakin ligat beterbangan di dalam perut menuju ke usus~ huuhu


Friday, April 8, 2011

conteng itu seni





assalamualaikum

Wah tajuk.. macam ciplak je kan?

*terasa

xde idea utuk menulis di hari jumaat

so

kita guna planning b iaitu

terjemahlkan tulisan dengan lukisan

macam ni


cukup berseni x?? =)

kemudian tingkatkan lagi usaha

lukis2 lagi

sehingga jadi macam ni

taadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

conteng2 itu comel bukan??

nah..sape cakap orang x seni xmampu melukis??!!

setiap lukisan yg anda hasilkan mempunyai maksud2 tertentu

itulah yg dnamakan seni

selamat mencuba


^_______________^




komen yang aku dpt tuk lukisan kedua

" anda salah amk kos ni..sepatutnya anda amk PAKK"

errrr..apakah???

persetankan..yg penting sekarang

aku mula sedar bahawasanya

AKU INSAN SENI


T___________T


salam jumaat wahai penduduk dunia!!!






Monday, April 4, 2011

Si Kacak itu kamu Si Cantek itu aku

assalamualaikum kawan-kawan

sweet kan??aku mahu jgk mcm 2..hihi

Si kacak: hurm..awak..

Si cantek: ya?

Si kacak: awak sayang saya kan?

Si cantek: eh,,mana boleh bagitau

Si kacak: kenapa kita x bercinta je?

Si cantek : sebab..awak pun tahu kan yang kita dah berjanji dengan family masing-masing untuk tak bercinta sewaktu belajar..=)

Si kacak: tapi.. kenapa perasaan sayang ni ada?kenapa tuhan nak bagi perasan ni kalu Dia tahu yang kita tak boleh bercinta?

Si cantek: awak..awak tahu tak kenapa ramai pasangan bercouple tak tahan lame?

Si kacak: sebab..diorang bosan dengan pasangan masing-masing lah

Si cantek: hihihihihi..bukanlah awak..sebenarnya perasaan yang Allah bagi tu dah ditarik balik. Masa bercinta, ramai yang pegang tangan. Ramai yang buat dosa. Jadi, Allah kesian tengok hamba-hambaNya buat benda bukan-bukan semasa bercinta. Sebab tu la Dia tarik balik perasaan cinta tu.

Si kacak: ……..

Si cantek: selepas awak dapat approval dari family saya, mungkin awak boleh ber’in-relationship’ dengan saya. Mesti lebih berkat kan??

Si kacak: errrr……@$%#%^^^

^___________________^

Buat si kacak dan si cantek:

Yakin dengan janji ALLAH

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Dan begitulah sebaliknya =)


buat si kacakku,

Jemput diriku pabila waktunya tiba

sebelum sampai saat itu,biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita


ini sgt comel kan??angguk laju-laju.

^______^

selamat malam sume!!




Sunday, April 3, 2011

berfikir sambil choki choki di mulut



choki choki yang enak dan comel!!

Assalamualaikum

Ari ahad anda yang sunyi???indahkan hari dengan choki choki.

cokelat pasta yang enak mampu menghilangkan rasa sunyi anda..eekk??

Memandangkan ari ahad aku ni sunyi tanpa rumateku disisi sob..sobbb

*PIKA <<------- Seorang rumate yang suka balik kg!!

xda apa mau dikongsi cme sket je

Perkongsian untuk diri dan jugak untuk kawan-kawan yang cumil. Tatkala ini cik melor sdg berfikir sejenak bersama choki choki dimulut. Berfikir untuk memotivasikan diri yang lame dibiarkan tanpa sebarang pengisian dan pemuhasabahan diri (perkataan ini direka semata2).

jom bace ni

^_________________^

Bertakwalah engkau kepada Allah

Bayangkan akhirat dalam kalbumu

Jadikanlah bayangan kematian

Berada dipelupuk matamu

Jadilah orang yang malu kepada ALLAH

Jauhilah larangan-laranganNya dan

Kerjakanlah kewajiban-kewajipan Nya

Tetaplah konsisten bersama kebenaran

Dimanapun engkau berada

Sekali-kali janganlah meremehkan

Nikmat yang diberikan Allah untukmu walaupun kecil

Sambutlah ia dengan rasa syukur

~wasiat imam syafi’i~


*___________*

comel kan kate2 imam syafi'i??

nah..jadi jom kita jadi seorang yang bersyukur dgn

sekecil2 nikmat yang kita dapat

kita sayang ALLAH, ALLAH sayang kita ---->>sweet


*ku bersyukur walaupun makan tgh hari dgn choki choki shj

soobb,,,,sobbb.,srrootttttt



Saturday, April 2, 2011

aku sedang kempunan ini buah



assalamualaikum

Penah x kamu rase sgt2 kempunan??terseksa kan kalo x dapat apa yg kita kempunankan itu..eh??

Kempunan!!kempunan!!kempunan!!

~ya..apabila kempunan,apa yang harus kita lakukan?

Yap..semestinya..selidik,cari n cuba dapatkan apa yang kita kempunankan!!!

Ok, tapi apa yang aku sdangKempunan??

*bape kali aku nk mention prkataan ‘kempunan’ neh? ..itu adalah sindrom2 yang menunjukkan diriku sangat2 kempunan!! Aku kempunan ini

.

.

DURIAN!!!!

rase durian yang manis+warnanya yang kekuningan (kuning itu comel) buat aku x tdo lena
terfikirkannya..'durian....durian..durian...'

^____________^

Sekarang ni musim durian.mane2 pegi mesti ada bau2 durian.dalam bas,dalam kuliah,on da road nak balik umah. Asal malam menjelma jak ada insan2 yang bertenggek di tepi2 jalan menjamu durian.pergghhhhh…x boleh tahan!!aku pn nak jugak

..TETAPI..

Menurut pemerhatian mata kasarku ini, harga durian di kawasan

sekitar tgjung malim tersangat mahal. Can u just imagine 1 durian equal to rm 6 or rm5….

mahal 2 bai..so, kuburkan hasrat kempunan itu dahulu..kasian kan aku neh??sobb..sobb…sroootttt…tggu jela balik kampung sebulan ag,baru makan *macamla daddyku ada kebun durian,at least bleh beli pakai duit daddyku..jimat!!!hahahh

Tapi kan kwan2ku yang comel sekalian,,org kata tuah ayam 6pak di kaki

tuah manusia x nampak2..rezeki jgan ditolak, musuh jangan dipeduli..gunung daik bercabang tiga,pulau pandan jauh ketengah..


Ooiiitt!!!!apa yang kau mengarut ni cik melor??sudah!!sudah!!


Ok.enough. apa yang aku nak ckp ni adalah .aku sangat bertuah sebab rezeki durian dtg bergolek tanpa perlu mndaki gunung n terjun ke pulau-pulau..hahhahah..umahku ada durian!!!hoyeh3

Tpat jam 9.40 malam,on day road plg ke rumah…nsetku berbunyi

“hello faizah comel”

“hah..ade ape??”

“ko bru balik kelas ek??”

“a’ahh..baru balik..(walaupn sbnrnya aku x g klas!!haha)

“6t tlg belikan topup tuk aku yer,,pastu cpat2la balik..aku ade DURIAN tuk ko”

Boleh 6pak x perkataan DURIAN tu??inilah rumate yg memahami jiwa..

^_____________________^

Satu penghargaan yang BESARRR kepada NURUL SYAFIKA SAMSUDIN

kerana bagi aku makan durian

Walaupun satu biji je pastu makan kongsi-kongsi.mcm xpuas kan??hehhe..tp xpela at least kempunanku sudah terubat..jd xperlu kempunan-kempunan lagi..sayang ngn pika!!*dgn harapan pika akan bace ni..hahha

Ari ahad ade jamuan makan durian n pulut durian dietpi sungai samak..

oppss..ok ,planning sdah bertukar jadi ari sabtu di Kalumpang..yaitu esok!!!!muahahahah…selamat bersua wahai durians..’s’ is for banyak2 sbb dah aim nak mkn durian byk2..hheheh


have u seen diz red weird durian??durian merah x
comel mcm durian kuning okeh!!
! _______ !


Tuesday, March 15, 2011

~rindu sama belogku~




mcm bese2..assalamualaikum my chomels2 sekalian



yup..sangat rindu sama belogku neh..
kasian kan??
tdak dapat belaian manja dari ownernyaa
no new entry
no new pics
no 'chomels' word!!!
oouuuchhhh....bukan x sayaaangg
plizzz la paham blogku syg..
ownermu ni sudah hmpir pgsan
di bwah timbunan esemen2 yg
agak amat yg sangat susah
(ade x pkataan lain yg leh replace pkataan SUSAH??)
....
.....
.....

sesungguhnya aku x bleh berlama-lama sggah dcni
kerna
kerna
kerna
.....
....
....
.....
again

....
....
kerana
...


you have 7 asgmnets should be done!!!
uhuk3
..
can i just ignore ???
yes
no
maybe

^_________________^



PENGSAN!!!

Tuesday, March 1, 2011

wanita n fererro rocher




assalamualaikum n morning my comels...

wanita n fererro rocher??apa kepelik bnyi tajuk 2?? well, pelik is unique okay...eemmm..emm
ungkapan yg pelik ni aku pnah terbace..aisehh lupa lak kt bumi mane..tp xpe, aku akn crita kt comel2 sekalian mgikut persepsi ala2 prof madya dr melor (bkn nme sbnr)

step 1.kte tgok ghupe coklat fererro rocher
bhgian luarnya sgt cantik ngn pmbalut kaler gold, bntuknya bulat mmg agk kiut n miut, n bhgian dalam..perrghhhh..ade kacang2 halus brsalut coklat..so yummmyyyyy..
.
.
hah??xpnah tgok??
.
.
wat penat je bg gambaran kt u all ni tau!
mcm ni ha rupanya
..
.
~tadaaaaaa~ *bulatkan mata n mulut

ha..amacam??ade ase2 mcm air liur meleleh x??sabor2..cte lum
abis ag ni (~_~)

step 2. nape kaitkan ngn wanita??
hah..ini dia solan kemuncak
yala kan..wanita tuh ibarat ferrero rocher..sbb??
sbb..cube kite tgok lak fererro rocher yg tidak bebalut..lalu jatuh ke ats lantai
mau ka kau makan??
bkn takat makan, kutip pn x mau kan??tp xtau la klo u all kebulur tyme 2..=P
ade plak yg pijak2 je coklat 2 sbb dah xde mkne
kotor

TETAPI

cbe klo ferrero rocher yg jatuh ke lantai 2 masih berbalut
n sempurna serta cantek.,isi dlm pn msti masih elok
kompom..dlm mse xsmpai 1 mnit ade je yg dtg ngap kan??
clap ari bulan ade yg brebut2

nah....itulah dy perbezaan nilai bg ferrero rocher yg berbalut
ngn yg dah "berbogel"

wanita??yup..begitulah hakikatnya jd sorg wanita
fererro rocher yg berbalut cantik ibarat wanita yg sentiasa melitupi
drinya dari pandangan para ajnabi
dy akn sntiasa kelihatan cantik diluar malah sempurna didalam
ibarat fererro rocher yg enak dimakan =)

n bg fererro rocher yg dah dipjak2 tadi 2, diibaratkan
seperti wanita yg tdak bebalut i mean..
xmnjaga drinya, buka sana dedah sini
eeuuuwww..sgt x cantekkkkk
sbb 2 la org xnak amk...
spe mau mkn coklat yg trdedah melainkan ktrpaksaan


so??
comel2 sekalian nak jd coklet yg mana satu??
yg dibalut ka yg dah dpjak2??
pkir2kan ya sayang...=)


^_____________________^


*baru nk tdo...slamt mlm wlpn dh pg.. zzzzz
indhnya klo brmmpi mkn fererro rocher








Sunday, February 27, 2011

bertukar...........!!!



perasan x?perasan x??tolong la perasan perubahan ni...T_T hik3

wah...banyaknyer pelangi!! suker3..knapa aku pilih pelangi?? sbb pelangi cantek walaupun pelangi x selalu ade..ianya tetap cantekk *eeuuww skemanya.. kawan2 yg comel sekalian, tau x knapa pelangi itu cantek? sbb dy ade banyyyaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk warna..jalur2 lebarnya warna warni sekali tgok mcm eskrem lolipop~warna warni..ngehheee..so..lolipop itu cantek la kan?? plus sedap dimakan..nyum3 pelangi dan kehidupan..ade link ke??sape nak jawab?
aa..kamu..kamu yang pakai baju kuning corak dot dot yg tgh garu2 kepala tu....=P


^_________________^

" eerrrrrr......errr...grrrr..."


alah..xperlu la loading lame sgt..meh nk habaq mai kat angpa suma
pelangi 2 bleh diibaratkan mcm kita pnya life story..ade mcm2 pesen, jap2 suke riang ria, jap2 sedih tekup2 muke, jap2 emo ntah pape..hah ..mcm 2 laa..tapi aku prefer ckp klo pelangi 2 ibarat kawan2 aku..mcm2 jenis kawan kita ade n dsebabkan mcm2 jnis kwn 2 la life kte jadi indah umpama indahnya si pelangi..yelah, cube comel-comel sekalian bayangkan....teetttttt....*mata tutup, donggakkan kepala*


bayangkan kalo pelangi 2 ade 1 warne je..Merah..aiseh...xcantek kan?bosan kan??walaupun hakikatnya merah itu menawan tapi tanpa adenya warna kuning,hjau,blue,biru, yellow..merah nampak x ceria. hah....g2 la jgk kawan2 kita, ade yg tnggi, ade yg pendek, ade yg cantek, xde yg uduh (sbb sume kawn2 aku adlh comel),, cbe bygkan lagi...tettttt....*mata tutup, dongakkan kepala again *


lam life kte ade sorg je kwn, he or she is the only fren u have n u see every day...hhmmmmm... xseronok kan?? wlaupun dyla org yg plg baek n cantek (tp x smstnya comel) kt dunia ni, tp belum tentu dy yg sorg 2 dpt mengindahkan ari kite umpama pelangi mengindahi awan selepas hujan...=) so, hargailah kwn2 kita yg warna warni tuh..terimalah kwan2 kita secomel-comelnya walaupun anda lg comel drp mereka2..=P


"tp...kwn2 sy xde pn warna merah, hjau biru..."*garu2 kpala lagi


^__________________________^


ggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....zzzzzzzzzzzzzzzz


p/s buat kwn2 n pollower: aku ibarat awan kau ibarat pelangi, trma kasih krn mngindahi ari-ari ku..walaupn pelangi jrg kelihatan, tapi awan tetap syg pelangi...hehheh

Saturday, February 26, 2011

jom hilangkan busann/stresss..


assalamualaikum...ape kabar esaimen??jawab esaimen..."kami sihat,tggu mase jer tuk dcyapkan..cpatla cyapkan kami.."" aarrgggghhhh!!!!mmg menyeteresskan aku si esemen2 neh...ssah2 sgt..baek kite bakor jer..kite bakor je------>>usop
nah..di malam yg penuh stress lg kurg indah ni...jom maen2,, bukan maen cantum2 krtas esemen yg tlah dikoyak2..ini punya game byk selonok ooo...kasi uji kite punyer minda woo...redy??sediakn pen n kertas...aku maen ini haa.....

What's your name: Norfaizah

A four letter word: Nice

A boy's name: Najmi

A girl's name: Nur .. Soo sweet!

An occupation: Nurse

A colour: Nice pink *no idea

Something you"ll wear: Necklace

A food: Nasi goreng…*kui3

A place: Nun jauh disana…hahahh

Reason for being late: No taxi!

Something you'd shout: Nonsense!!

A movie title: Noty jin…translate from jin noti

Something you drink : Neslo ais

A musical group : Norfaizah’s team..coming soon

An animal : Nuri *a kind of bird

A street name : N street. Sekian

A type of car : Neo satria

Title of a song : Never say never-JB

Something you found in a bathroom: Najis..mmbbwerrkkkk




DONE!!!!

game ni aku amk dr 1 of the blogger--^^, care maen mudah jer..pastikan setiap jwpn mst dimulakn dgn huruf nama anda..cth sy N... ala2 kte maen name negeri binatang mase zmn comel2 dulu (skrg aku still comel gak) have fun k, xyah duk stress2,,relax sudah..TENANGGG...

setelah berpeluh2 dsbbkn bermaen, cik izah hassan akn berpeluh2an dgn encik2 dan puan2, toh puan, anak beranak nenek sebelah atuk kpd esemen2..ok dgn itu, sy tggalkn anda dgn ucapan--------> adios amigos asbestos. *belum boleh tdo ag..huhu