Tuesday, April 12, 2011

ada kupu-kupu di dalam perut saya


~assalamualaikum~

Kondisi perutku dikala ini

Bila final exam semakin hampir..ginilah jadinya

Kupu-kupu akan berterbangan dan bersuka ria di dalam perut

Org pulak akan berpusu-pusu ke toilet perpustakaan

Cari-cari nota..call sana call sini Tanya soalan spot

2 laa..kelas kau selalu ponteng!!org belajar kau tido

*tak terasa tak terasa =P

Kawan-kawan,

Waktu2 genting macam ni adalah lebih comel Sekiranya kita perbanyakkan mengingati Allah

Solat hajat, baca al quran, zikir. Moga2 hati-hati kita menjadi tenang

Jiwa yang tenang lahir dari hati yang tenang jugak

Bila hati tenang, nak belajar pun senang =)

Tapi..

Kau jangan tunggu time2 nak exam je Baru kau semayang, mengaji, zikir

SANGAT TAK COMEL OKEH!!

*terasa sket2 =(

Mengingati ALLAH bukan bila time susah2 je.Time kita senang2 pun kene ingat jugak

Ini semua nikmat dan ujian. Tapi kepada yang baru nak mula semayang, mengaji

Atau menuju kearah hidup yang lebih bermakna, mulakan dari hari ini.

Teruskan usaha anda. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk anda.

ALLAH kan maha pengampun dan penyayang. Kita sayang ALLAH, ALLAH pn sayang kita =)

Jangan jugak mengharapkan pada ibadat seratus peratus

Kene usaha jugak. Kau ni tau doa2 je mintak Berjaya

Ade kau bace buku betol2??ade??ade??

Nah….sekarang pergi stdy la wahai cik melor

Ok2,,nak study nih.

Jom doa dulu,

^_________^

“ya ALLAH, keluarkanlah kami daripada kegelapan kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman. Bukakanlah kami untuk mengenali-Mu (makrifah) dan mudahkanlah untuk kami (membuka) pintu kelebihan-Mu. Wahai tuhan yang maha pemurah. Amin..”

Usaha + doa + tawakal = BERJAYA



Kepada kawan2 yg akan menduduki peperiksaan,

Semoga anda tenang hadapinya. Didoakan agar kita semua Berjaya.

Kejayaan bersama itu lebih indah n bermakna bukan?


p/s: my 1st paper is on diz saturday ~kupu2 semakin ligat beterbangan di dalam perut menuju ke usus~ huuhu