Tuesday, June 28, 2011

duniaku tunggang terbalik

assalamualaikum kawan-kawan..

Berkecimpung dalam bidang kerjaya memang memenat dan menyakit sendikan. Ya..sekarang ni aku jadi wanita bekerjaya.alaa..keje biasa-biasa je,gaji ok-ok je tapi lepas waktu kerja pun orang still cam muka aku. Kiranya kerjaya aku ni glamour la jugak kan??aku keje jadi apa??ok, ia tak termasuk dalam tajuk perbincangan.harap maklum.


^____________________^







Setiap hari, aku mula kerja jam 5 petang tapi besenya mesti aku kelam kabut tyme nak g kerja sebab mesti akan terlambat 2 3 minit.tapi penah jugak sampai 20 minit lambat!!waaaa…nasib tak kena tendang dengan bos. Kerja punya kerja,dalam jam 12 malam misi pulang ke rumah akan bermula. Ok, tamat kisah kerja. *tak takut sebab umahku di atas, tempat kerja di bawah ngehh ngeh ngeh..


Sesampainya di rumah, mulakan sesi perbincangan dengan kawan-kawan sejawat. Gossip itu gossip ini, luah itu luah ini, kau kutuk aku- aku kutuk kau, kau melawak-aku gelak-gelak sampaila ke pagi. Penah sengaja tak tido sebab tak nak terlepas waktu subuh..yela,,dah alang-alang jam 4.30 pagi, kalo tdo jugak alamatnya neraca dosa bertambah berat laa huhuhu..dan pernah terjadi kami tiga sejawat kena ‘rasuk’ dengan nafsu lapar di pagi hari. Mana ada kedai makan buka pagi-pagi buta dik oii..yang kawan aku sorang buat lawak nak makan nasi. Belek-belek jam, eh dah 6 pagi la masa tu. Betul la kata orang, masa itu lebih laju dari Ferrari. Lepas dah subuh, kami tanpa segan silu pergi cari makan kat kedai mamak (kedai mamak je buka 24 jam)..mesti mamak-mamak tu pelik tengok kami selaku customer di awal pagi ngeh3 <<-- sekali sekala buang tabiat, seronok jugak.

Lepas makan, balik untuk tido sampaila petang n then masuk kerja.

Nahhhhh…begitulah rutin hidup aku yang dah tunggang terbalik. Siang jadi malam. Malam jadi siang. Dah cuba untuk tido waktu malam tapi tableh walaupun x buat pape still mata akan segar sampai subuh. Paling awal setakat 3 minggu ni ialah tido jam 3 pagi.

Any suggestion??

Nota kaki: *kedai mamak dekat je ngn umah sewaku, 10 minit jln kaki

sekian dulu.