Thursday, July 28, 2011

petua: buang lemak bawah dagu


Assalamualaikum and haiii peeps!!

Hari ni aku nak kongsi share petua nak hilangkan lemak bawah dagu. Ni masalah aku sendiri la, cuti panjang sangat, lemak pun senang nak berkumpul, berat dah naik tapi takla gemuk sangat (sedapkan hati sendiri). Wink3…

Aku google punya google, akhirnya jumpa jugak. Time kasih ya encik Google!!. Ag satu, masalah lemak bawah dagu biasanya dihadapi oleh wanita. Sape cakap???meh aku lempang sket,,kau ingat laki tu bagus sangat ke??dorang pun berlemak bawah dagu jugak! *emo tetiba ngeh2..

~sila lihat dibawah~


petuanya : BUAT SENAMAN DAGU & MULUT

1. Kunyah gula-gula getah

baik untuk otot rahang dan dagu..pastu boleh la kasi nafas yang segar dan tidak berbau..hihihi untuk hasil yang baik, gunakan doublemint gum~bau nafas tiada, segar sentiasa (promote)

2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher (jgn wat minum lak air tu)
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak

~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mencuba dengan Jaya!



SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/03/petua-buang-lemak-bawah-dagu.html#ixzz1SXSepwQw